Panjangkan umurku

17/8/2011  7.51am
Salam w b t

Dalam post yg sebelum ni saya ad janji nak bgtau camne nak menggolongkan diri kita dlm kalangan oarang yg beriman dan bertakwa....i mean dean's list bg Allah s w t...Jika kita ditakdirkan, esok tarikh luput kita...so camne nak memanfaatkan masa yang ad @ camne nak panjangkan lg tarikh luput diri kita ke hari yg lain

Sebenarnya terdapat pelbagai cara utk memanjangkan umur kita, disini  saya ingin megetengahkan 3 cara sahaja yaitu:
  • Penambahan Kuantiti Usia
  • Penambahan Kualiti Usia
  • Membuat Amalan yg Terus Hidup 
Penambahan Kuantiti Usia

1. Akhlak yg mulia & menghubungkan hubungan silaturahim
Akhlak mulia & hubungan silaturahim adalah salah satu yg sangat dituntut oleh agama, tak kira lah Islam, Kristian, Hinddu Dll.



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r a, beliau berkata bahawa:  
"Aku pernah mendengar Rasulullah s a w bersabda yg bermaksud: 'Sesiapa yg suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan hubungan silaturahim'".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s a w juga bersabda bahawa:  
"Silaturahim itu boleh menambah umur".
(Riwayat al Quda'i)

Disebabkan inilah para salafussoleh sangat menitik beratkan soal jalinan silaturahim. Namun, ramai masih tidak mengetahui hakikat sebenar tali silaturahim, tali siraturahim bukan sahaja berhubung dgn orang yg telah mempunyai hubungan baik dgn kita, bahkan merangkumi meyambung balik tali persaudaraan dgn orang yg telah memutuskan tali persaudaraan dgn kita.

2. Berbuat baik pada jiran tetangga
Rasulullah  s a w telah bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg diberi sifat lemah lembut, maka bahagiannya di dunia dan akhirat telah diberikan kpdnya. Silaturahim dan akhlak yang baik serta berbuat baik pd jiran tetangga dpt meramaikan perkampungan dan memanjangkan umur"
(Riwayat Ahmad & Al-Baihaqi)

Rasulullah s a w telah mengigatkan kita bahawa berbuat baik pd jiran tetangga merupakan salah satu drpd tanda keimanan.

Baginda bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg beriman kpd Allah dan kpd ari akhirat hendaklah dia berbuat baik kpd tetangganya"
(Riwayat Muslim)


Penambahan Kualiti Usia (keberkatan dlm usia)

Keberkatan dlm usia ialah dimana beliau tidak akan membuang masa dgn aktiviti yg sia-sia. Bahkan sehingga kebaikan yg dilakukan olahnya dapt mengatasi kebaikan yg dilakukan oleh orang yg umur lebih panjang dprdnya. Malah, dari segi kejahatan pula, jumlah kejahatan yg dilakukannya lebih kurang drpd kejahatan yg dilakukan oleh orang yg jauh lebih muda drpdnya.

Antara amalan yg menambah kualiti usia ialah:



1. Solat di Mekkah & Madinah
Rasulullah s a w telah bersabda yg bermaksud:
"Sembahyang di masjidku lebih utama drpd seribu sembahyang di tempat lain kecuali Masjidilharam. Dan sembahyang di Masjidilharam lebih utama drpd seratus ribu sembahyang di tempat lain".
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Perbezaan ini menampakkan seoleh-oleh umur kita dipanjangkan jika kita solat di kedua2 tempat tersebut...kalu boleh aku nak solat tiap2 ari kat situ...Insyaallah

2. Solat berjemaah di masjid
3. Solat Sunat di rumah
4. Mengamalkan Adab2 dlm Islam/ Adab2 Rasulullah s a w
5. Bersedekah
6. Menolong orang lain

P/s: Panjang sangat keterangannya...letih nak menaip

So marilah sama2 kita mengerjakan amalan2 yang disebut dlm perenggan sebelum ni...moga2 amalan kita semua diterima dan usia kita sama2 mendapat berkat dr Allah s w t

Assalamualaikum w b t











0 comments: