Memburu malam Lailatul Qadar

25/8/2011  1.15 pm
Salam w b t

Allah berfirman bahawa:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang meyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatul qadar. Lailatul qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dari keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan malam ini sejahtera hingga terbit fajar."

Ayat diatas menerangkan bahawa bertapa besarnya kelebihan malam Lailatul qadar, yang mana malam itu dikatakan mempunyai kelebihan yang bersamaan dengan amalan selama 1000 bulan. wooo banyak tu, berape tahunkah 1000 bulan??? kira sendiri la...hehehehe

Aktiviti pelajar UTP sepanjang 10 malam terakhir (qiam at masjid la bro)


Disebabkan kelebihan inilah, kita sebagai orang islam hendaklah memanfaatkan peluang yang ada dengan menghidupkan malam Lailatulqadar dengan beribadah kepada Allah s w t. Seperti yang kita semua tahu, umur umat Muhammad ni pandek jer jika dibandingkan dengan umat2 yang terdahulu...So sebab itulah Allah s w t memberikan kita keistimewaan yang tidak pernah diberikan kpd umat2 yg sebelum ini iaitu malam Lailatul qadar.

Selain amalan lebih baik dari 1000 bulan, terdapat juga keistimewaan lain yg terdapat dalam malam ini.

Abu Hurairah r a telah meriwayatkan bahawa:
"Barang siapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah s w t, nescaya ia diampunkan dosanya yang lalu"

Hadis diatas menerangkan bahawa, selain drpd amalan di malam itu lebih baik dari 1000 bulan, dosa2 kita yang lalu juga akan diampuni jika kita bersungguh2 beribadat pada malam tersebut dengan niat hanya kerana Allah s w t.

Terbaiklah...sahur free disediakan


So bagi pandagan saya rugi la kepada sesiapa yang tidak memenuhi malan ini dengan beribadat kepada Allah s w t...bahkan Rasulullah s a w  yang terlepas daripada dosa tu pun tidak melepaskan walaupun satu malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan. Apatah kita ini yang memang tidak terlepas daripada dosa dan maksiat.

Diriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa:
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Rasulullah s a w bersabda bahawa:
"carilah malam Lailatulqadar pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil"

Marilah sama2 kita semua memperbanyakkan amalan dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Kalu masih tak mampu, Carilah pada malam2 ganjil iaitu pada 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Kalu ini pun masih tak mampu, at least try la solat berjemaah utk solat Ishak dan solat Subuh.. sebab saya ad dengar hadis yang mengatakan bahawa jika kita solat ishak dan solat subuh secara berjemaah...pahala yang kita dapat adalah seperti kita beribadat sepanjang malam.

Assalmualaikum w b t




























0 comments: