my special day 16/12

16/12/2011
Salam w b t

16 December. satu tarikh keramat buat diriku dan juga kembar ku, kenapa?? kerana pada tarikh inilah kami dpat melihat apa itu dunia, apa itu erti kehidupan, dan pada tarikh inilah amalan kami mula dikira..

16/12/2011 genaplah 21 tahun kami dilahirkan di dunia... apa ye kenangan indah sepanjang 21 tahun ni??...bagi saya salah satu kenangan terindah sepanjang 21 tahun ini ialah:

1. Mendapat 4A 1C dalam UPSR
2. Mendapat 7A 1B dalam PMR
3. Memperoleh 6A 3B dalam SPM
4. Berkelah di Hutan Lipur Lata Belatan Besut Terengganu
5. Mendapat tawaran ke UTP pada tahun 2009
6. Mendapat tawaran ke MRSM pada tahun 2004
7. dan banyak lagi (tak ingat lah)

Sepanjang 21 tahun ini berapa kali kah anda meyambut ulang tahun kelahiran??
...mmm tak beberapa ingat, tapi rasanya sepanjang 21 tahun lahir di dunia ini hanya 3 kali je saya meyambut ulang tahun kelahiran

 
video ni memang perfect utk kami hehehe


1. Semasa berumur 9 tahun, pada masa tu 16/12 jatuh pada hari raya pertama....kebetulan la pulak ye...so apa lagi sambut la alang-alang mak ada buat kek..
2. Semasa sekolah menengah...tapi x ingat detail masa tu.
3. Ahaha yang ni latest...pada 11/12/2011....komitee Khemah Ibadat 2011 ada buat sambutan hari lahir bagi yang lahir pada bulan 12 (sepanjang Khemah Ibadah dijalankan)...tak sangka ye syahmi lahir pada bulan 12 jugak...terima kasih la kepada ahli-ahli komitee khemah ibadah...jarang betul orang sambut hari lahir den.

so ketiga-tiga kali ini adalah salah satu kenangan terindah buat den...sebab betu-betul jarang orang sambut hari lahir den...kat MRSM pun x de orang nak sambut hari lahir den sebab mase tu cuti sekolah...huhuhu ni la nasib orang yang lahir pada bulan 12...tambah-tambah lak ynag tinggal di asrama penuh..

OK that all from me
Assalamualaikum w b t

im back bebeh

7/12/2011
Salam w b t..

Ho ho ho lame betul x update blog ni...sibuk sangat dgn Aion, Event, Tidur ZZZ...huhuhu

Fuhh banyak betul nak cerita ni...nak mula dari apa  erk?? kk lets start with event first. Skarang ni terlibat dengan Event Khemah Ibadah 2011, ana [eh kenapa tibe tibe je ana ni??] jadi salah sorang komitee ManD (Module, Activity and discipline)...peranan ana dalam departent ini ialah menyediakan buku2 module, dn juga berperanan sebagai Kem Kom untuk Khemah Ibadat tahun ini...huhuhu baru first time join event ni dah pikul tanggungjawab besar...Cuak2  tinggal 4 hari je lagi.

Update Aion pulak camne erk??...x banyak pun just sikit jer ...sekarang ni dah kurang bermain game ni...sibuk + bosan...tapi dah banyak upgrade...wanna see?? kk wait

nah ni link nya:


Gambar lak camne??

ha nah!!





dah jarang main dah...just bukak game dan tinggal camtu je...buat buku event...


banyak lagi keje nak buat ni...
assalamualaikum w b t

Aion..memory come back

22/9/2011
15.08pm
Salam w b t

Kerja - kerja jugak main - main jugak, tak boleh la nak main tengok movie 24 jam kan?? kene buat benda lain jugak kan contoh cari kerja, tolong ayah, tolong mak...macam-macam boleh buat  mase cuti 4 bulan ni....hahahaha

So disini saya ada attach jadual harian sepanjang cuti 4 bulan ni...ni perancangan sepanjang cuti...kadang-kadang tidak ikut jugak..terlebih kerja, terlebih main, terlebih tido..hahahaha...ok, ok saya akan cuba ikut jadual ni sepenuhnya ya....bukan senang nak maintain tambah-tambah pula kerje di rumah.





Walaupun nampak ringkas tapi sebenarnya agak susah nak ikut sepenuhnya...boring-boring nak buat bende sama tiap-tiap hari....sebenarnya jelas banyak main Gamekan hahahaha....akhirnya boleh juga aku balas dendam kesabaran dari awal sem lagi...cuti ni boleh la nak main Aion balik hahaha

Banyak betul memori Aion datang balik...
jom layan gambar lak



Oyeah menang
OMG...3 Elyose vs 6 Asmodian...memang la diorang menang

no comment


event apa entah sekarang siap ada kek besar lagi




Kerje-kerje

19/9/2011  17.50
Salam w b t

Hari first kat umah....banyak betul kereta yang menanti ketibaan ku ....heishh dugaan-dugaan, kereta tu bukan rosak yang senang-senang, semuanya kereta kancil, tukar clutch. So kene angkat engine....bukan ringan tu....tapi ok la kan...duduk rumah bukan ada kerja pun...hahahha

Clutch yang masih baru (yang baru la bro)

Salah satu komponen engine yang agak penting

Dah siap pasang pada engine

Transmission

Engine ada 2 part, upper part dan lower part

Tau-tau tak dapat ambik short sem...ish3 so terpakse la aku kerja sepanjang cuti ni...tapi takpe bulan sebelas nanti ada Khemah Ibadat 2011....hahaha tak boring la duduk umah .

Salam w b t

Gajah

16/9/2011  22.36
Salam w b t

Setelah bertukus-lumus memerah otak untuk final exam...akhirnya habis jua final exam yang menyakitkan hati tu...damn tul la final exam tu, dah la soklan susah macam apa....oyeah..akhirnya hari ini aku dapat jua balik ke rumah...hahahaha

Sebelum tiba di rumah ayahku saja-saja ambil angin dengan berjalan-jalan di sekitar tasik Kenyir...disana terdapat pelbagai tempat yang menarik ....antara salah satu tempat yang menarik adalah Taman pemuliharaan hidupan liar negeri terengganu....hahaha nak tahu tak apa yang menarik disana??

Disana terdapat 2 ekor gajah...besar tu...ni la first time aku tengok gajah betul-betul depan mata aku...siap sentuh, peluk, dan tunggung gajah tu...kiut la gajah tu...

Jom layan gambar...

Di sinilah terdapatnya gajah-gajah tersebut


salah seekor daripadanya

aha...no comment





First time sentuh gajah















Siap tunggang lagi






























Tournament Bowling 2 Year 1 Sem

13/9/2011  1.35am
Salam w b t


Selepas menduduki Exam CAED pada paginya...Pada sebelah malamnya kita orang ada menganjurkan Tournament Bowling 2 Year 1 Sem di Ipoh Perade. Walaupun tak semeriah seperti sebelum ini, tapi kita orang agak gembira kerana ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara kita orang. Dulu, tak kenal sangat, tapi sekarang dah kenal, siap boleh ingat name penuh lagi....hahahahaha

Tournament kali ini, tak ada perempuan yang join...tambahan pula bilangan peserta yang join, kurang daripada yang sebelum ini...sebenarnya ramai, tapi ada diantara kitaorang yang datang lambat....Tournament kali ini seperti biasa dianjurkan oleh Khairul Hanif (takkan la dia yang sponser...banyak betul duit dia...hahahah)

Aku, Razi, Zakwan, Azman, Haziq datang sekali...kita orang tiba di Ipoh Perade lebih kurang kul 7 petang...Memandangkan Tournament start kul 8.30 malam, so bende pertama yang kita orang buat ialah .....apa lagi makan la...kita orang makan di Kenny Rogers Roasters di sana.

Jom layan gambar kita orang makan

Razi, Azman, Haziq, Zakwan

kiat orang makan ni la


berborak-borak sebelum makanan siap

sedap nyum-nyum

Tapi yang sedihnya, tournament kali ini group aku kalah..huhuhuhu...sem lepas dapat no. 3....kali ini aku punya lontaran boleh dikatakan EPIK FAIL!!! hahahaha...sorry guys

Layan gambar masa main bowling lak...

aku segroup dengan Hassani, chaom, dan pali 



Hahahaha ...EPIK FAIL!!! (Aku punya yang Huruf "W")

Makan KFC

12/9/2011  4.41pm
Salam w b t

Hari ini last paper aku, paper Computer Aided Engineering Design (CAED), lepas je habis paper aku terus balik bilik, dan terus menerkam game kesukaan aku Aion The Tower of Eternity....rindu beb dah berbulan-bulan ak x sentuh game tu....dah 4 bulan dah tak sentuh game tu...bila tengok je orang main game tu, rase nak main jugak...tapi disebabkan ada tugas yang harus dipikul so terpakse la tangguh niat tu....hahahaha

Hari ni aku kene pargi bengkel motor, nak baiki motor kawan ak yang ak rosakkan...bukan sengaja la bro....time nak pergi kedai tu, ak terserempak dengan geng-geng rumah Ayen Raifs....diorang ajak aku makan KFC skali dengan diorang...so apa lagi ak terima la ajakan tu... tapi aku datang lambat sikit sebab nak repair moto ni..

Aku ingatkan sikit je yang pergi makan KFC, rupa-rupanya hampir kesemua housamate Ayen join....yang tak pergi Farhan zammeri dan Nazrul.

Ni gambar kita orang lepas makan KFC

Zul, Juwe Magic, Aku, Ayen, Pok-ka ,Pek

Juwe Magic, Zhaf, Ayen, Pok-ka, Pek , Zul

Agenda malam ni, Bowling Tournament kat Ipoh...

10 perkara menarik mengenai Japan

10/9/2011  12.03pm
Salam w b t


Hari ini saya ada terlihat 20 perkara menarik mengenai Jepun, termasuklah mengenai budaya, sejarah dan lain-lain. Tetapi disini saya hanya tunjukkan 10 sahaja daripada 20 perkara menarik tersebut. Semoga terhibur...



10. Basashi - Daging kuda yang dipotong halus, dan dimakan begitu sahaja tak perlu dimasak, direbus atau dipanggang.

9. 70% dari Japun dipenuhi dengan gunung-ganang. Terdapat lebih kurang 200 gunung berapi di Jepun...hohohoho bahaya tu

8. Beer/ arak dijual begitu je menerusi masin gedang...ala mesin yang selalu jual minuman tin tu...kalau macam ni, budak umur lima tahun pun boleh beli arak ni, pastu minum senyap-senyap....heish3

7. Tahap pengangguran di jepun kurang daripada 4% (tu dulu, skarang tak tau berapa percent dah)....negara kita berapa ya??

6. Terdapat lebih kurang 6800 pulau di jepun...hohoho banyak tu

5. Zaman prasejarah telah wujud di Jepun sejak 30 000 tahun sebelum masihi lagi...betul ke ni??

4. Ketinggian lantai menetukan kita boleh pakai kasut atau selipar di sesuatu ruang di rumah...



3. Rumah diorang tidak seperti rumah-rumah dinegara lain...rendah-rendah, jarang diperbuat daripada simen-simen konkrit...sebab???...Lu pikir la sendiri

2. 60% daripada hiburan animasi dunia sekarang diambil oleh Japun iaitu menerusi Anime, Mangga dan lain-lain.
1. Hartanah di Jepun adalah antara yang paling mahal di dunia.


Klik disini untuk mengetahu lebih lanjut


MAVEN Future mission of NASA

9/9/2011  12.37pm
Salam w b t


The Mars Atmosphere and Volatile Evolution (Maven) Mission adalah salah satu misi penjelajahan Marikh, dimana ianya dibawah biayaan sepenuhnya oleh pihak NASA. Dikatakan bahawa misi ini akan bermula pada akhir tahun 2013, dimana mereka akan mengkaji tentang perubahan keadaan atmosphera planet tersebut, serta kaitannya dengan Matahari.



Menurut ketua saintis bagi misi ini, Dr Bruce Jakosky, saintis NASA akan menggunakan segala maklumat yang diperoleh dari  Maven untuk menentukan kandungan campuran partikel atmosphere seperti CO2, NO2, dan H2O...melalui cara ini, mereka dapat merungkai sejarah planet ini serta misteri disebalik planet ini.

Maven adalah misi pertama Marikh dibawah kendalian The Goddard Space Flight Center



Menurutnya lagi, Maven memiliki 8 sensor yaitu:
  • Magnetometer
  • Natural Gas dan Ion Mass Spectrometer
  • Langmuir Probe and Waves
  • Imaging Ultraviolent Spectrometer
  • Solar Wind Electron Analyzer
  • Solar Wind Ion Particles
  • Solar Energetic Particles
  • SupraThermal And Thermal Ion Composition

BMW Vision Efficient Dynamics

8/9/2011 18.33pm
Salam w b t

Baru-baru ini BMW ada membuat pameran tentang prototype terbaru diorang, yang juga boleh dipanggil sebagai:

 2013 BMW Vision Efficient Dynamics


Menurut Marketing director diorang Ian Robertson, kereta ini dijangka mampu menghasilkan sebanyak 328 kuasa kuda. Selain itu, kereta ini dikatakan "fuel economy" kerana mampu bergerak sejauh 62.5 mils per 1 gallon minyak.

Berbentuk futuristik
Menurutnya lagi,Supercar ini dianggarkan akan dijual dengan harga lebih kurang $150,000 - $ 200,000 USD apabila dipasarkan akan datang.

Jom layan gambar kereta sport ni...

No comment

Kereta keluaran BMW kali ini agak berlainan dengan keluaran dahulu

pandangan hadapan

Pandangan belakang


Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kereta ini

Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kereta ini

Gaming Laptop..

8/9/2011 15.00pm
Salam w b t

Hari ini saya ingin mempersembahkan salah satu laptop yang agak bagus bagi si Gamers tegar di luar sana...

ASUS G73jh 


Bentuk yang agak futuristik




Terdapat 2 kipas untuk memastikan sentiasa sejuk

Ciri-ciri G73hj :
Processor
Intel® Core™ i7 820QM/720QM/620M
Intel® Core™ i5 430M/520M/540M 
Intel® Core™ i3 330M/350M
(most processor adalah 2 core, hanya beberapa sahaja yang 4 core...lebih banyak core lebih baik...lebih tinggi GHz lebih baik)



Memory
DDR3 1333/1066 MHz SDRAM
(Yang Core i7 boleh support hingga 16Gb RAM, manakala yang core i5 boleh support hingga 8Gb RAM, dan yang core i3 boleh support hingga 4Gb RAM.....akan tetapi semua ini bergantung pada bilangan core yg dia ada)


Graphic Card
ATI Mobility™ Radeon® HD5870 with 1GB GDDR5 VRAM
(Lagi tinggi memory Graphic card lagi bagus...qualiti ATI dan Nvidia lebih kurang sama...cuma Nvidia ni lebih cantik gambarnya, cuma kadang2 tersekat2....ATI ni smooth, cuma gambar tidak secantik Nvidia) 


Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ATI Mobility™ Radeon® HD5870


Warranty
2 Tahun Hardwere antarabangsa (Warranty kilang)
1 Tahun Batery (Warranty untuk batery)


Harddisk
2.4 Tb SATA (Terabyte)


Saiz Screen
17.3" 16:9 HD+ (1600x900) / Full HD (1920x1080) 


Kenapa saya pilih laptop ini??? 
Kerana laptop ini memiliki sistem colling yg agak baik jika dibandingkan dgn Acer, Hp, Sony dan lain-lain


Dua kipas penyejuk



Walaupun ciri-cirinya kalah pada Allienwere M14X (yg telah diubah ciri-cirinya)..Tp bagi saya sistem penyejukkan memainkan peranan yg agak penting kerana ia dapat memastikan performancenya sentiasa top...Selain itu, ia juga memastikan laptop ini lebih tahan lama jangka hayatnya. 


Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Asus G73HJ


Klik disini untuk mengetahui lebuh lanjut mengenai Allienwere M14X

Final exam dah start!!

7/9/2011  07.00pm
Salam w b t

Selamat menempuhi Peperiksaan Akhir SEM...hopefully kita semua perform ye


Ari ini, adalah first paper aku...paper Solid Mechanics...Kali ni x tau nak kate apa dah...tapi Exam kali ni ak :

Mesti Perform

Must Perform

Tidak boleh tidak Perform

Perform!!

Perform!!!

dan Perform...

Assalamualaikum w b t

K-pop Malaysia

6/9/2011 11.36 am
Salam w b t

ari tu saya ad terlihat/ tertonton (bukan saje2 nak lihat) video tentang K pop Malaysia di You tube....wooohh!! Hot beb...Antara kumpulan K-pop Malaysia yg hot2 adalah 24/7 dan Gula-gula...Kumpulan hot, komen mesti hot kan???...disini saya ada attach video diorang:


Antara komen2 yg bg saya agak hot2:

"Lagu macam sial, menari macam bangkai. malu ak tengok! sial punya kumpulan. memalukan malaysia di mata dunia saja"


"Konon2 popular la ada ramai awek menjerit2...n tak tahan jejaka kacak?. demm..kacak lagi selipar jamban ak"


"diorang ingat diorang hensem la...mcm bapok je"


ni antara gambar ahli2 kumpulan diorang yg parasan hensem:










macam #$%% la...bukak baju macm tu...tunjuk dada....muka bukan putih & hensem pun ...malu2 hahahah...nak tiru korea buat apa..kita sebagai rakyat Malaysia mesti ad identiti sendiri...buat apa nak tiru diorang...apa la macam sial...Gula-gula pun sama, pakai pakaian x cukup kain...nak jadi mcm Kara la konon.

Kpd yg pilih ahli2 group ni...knp la korang pilih yg ni..ramai2 rakyat malaysia...yg ni korang pilih???...ish3...pastu preparation x cukup...menari x sekata....suara macam apa entah...ngerr

Mintak maaf la, kalau ad yg terasa hati...serius bg saya kumpulan KRU dulu lg bagus dr persembahan korang...hahahaha

Assalamualaikum w b t



Al kisah si Pasu

5/9/2011 13.03pm
Salam w b t

Memandangkan minggu ni sibuk lebih dari biasa...maknenyer sibuk luar biasa la kan??....nak study...nak ulang kaji...buat study group...semua ni gara2 Final exam mase Raya...dah la x sempat nak study mase study week ari tu.....sbb study week skali dgn Hari raya...ap lagi pengsan la mood study sbb dibelasah oleh mood raya....so ari ni saya ingin menceritakan tentang satu cerita bertajuk:

Al kisah si Pasu






Pada suatu hari di sebuah pusat lelong, terdapat sebuah pasu yg berharga Sedang menunggu masa utk dilelong. Dianggarkan harganya boleh mencecah jutaan ringgit. Disebabkan terlalu kagum dengan kehebatan pencapaian pasu tersebut, sebuah pedang antik datang bertemu pasu tersebut utk berbual-bual tentang rahsia kejayaan pasu tersebut.

Pedang antik:    Assalamualaikum w b t

Pasu:                Wsalam w b t. oh, pedang antik apa khabar??

Pedang antik:    Alhamdulillah ak sihat walaupun sedang meniti usia ratusan tahun. Sebenarnya ak kagum dengan pecapaian kamu. Ak dengar orang ramai berbual mengenai kamu bahawa  kamu bakal menjadi rebutan orang2 berada/ golongan billionare. betul ke??

Pasu:                Ya betul, semua pecapaian ini bukan mudah untuk dicapai. Bermacam2 cabaran dan dugaan yg terpaksa ditempuh. Kamu pun apa kurangnya, dengan usia kamu itu, pasti ramai yg berebut2 kan kamu.

Pedang antik:    Emm...kedengaran seoleh2 kamu telah menempuhi masa silam yg cukup perit.

Pasu:                 Betul tu (pasu termenung sebentar lalu menceritakan kisah silamnya)

1. Ak berasal dari tanah liat yg dicampur dengan air. Kemudiannya aku diuli2, dilenyek2 dengan kasar oleh si pembuat ku....ak berasa sungguh tidak selesa, kadang2 terasa sangat sakit oleh perbuatan tersebut.

2. Ak kemudian diletakkan diatas tapak yg sentiasa berpusing2 supaya boleh dibentuk...pada waktu tu, ak terasa sangat pening kadang2 termuntah.

3. Setelah siap dibentuk, ak diletakkan di bawah terik matahri yang panas. Ak berasa sangat haus dan dahaga diperlakukan sedemikian. Tp apa yg ak boleh buat selain berdiam diri dan bersabar ~ sabor je la

4. Selepas itu, ak ak dibakar hidup2 dengan suhu yang sangat panas...dah la haus dahaga...lepas tu di bakar hidup2 lak ...ish3

5. Setelah dibakar, aku sangkakan penderitaan aku ini telah berakhir. Rupa2nya sangkaan ak meleset, datang seorang tukang ukir kearah ku, lalu ditoreh2badan ku dengan pisau tajam...ahhh sakitnyer!!

6 Selepas badan ku ditoreh2 di ukir2...datang pula seorang pelukis, mewarna dan melukis motif yg cukup indah di atas badanku. Ak berasa cukup selesa diperlakukan sedemikian walaupun kadang2 terasa geli.

Pedang antik:     Kamu ini memang tabah la..ak dulu pernah diperlakukan sedemikian oleh pembuat pedang tp itu dah jadi cerita lama...selepas dibuat ak dijaga dengan penuh kasih sayang oleh salah sorang pembesar Jepun...so x terasa mana la penderitaan tu

Pasu:                 Belum habis lagi ni, kemudian apabila ak diperagakan di sini, ak terpandang diriku sendiri melalui sebuah cermin di situ. Pada saat itu lah baru ak sedar bahawa ak adalah sebuah pasu yg cukup indah. Kalau bukan kerana semua proses yg menuntut ak supaya bersabar, ak pasti takakan mempunyai nilai spt hari ini. Ak mungkin akan menjadi pasu yg tidak bernilai, tersadai di tepi rumah dan berlumut.

Pedang antik:    Subhanallah. Allah menguji kita, tetapi kemudian menghujani rahmat disebalik setiap ujian tersebut.

Pasu:                 Betul tu, Allah tidak mungkin akan mengzalimi hamba2nya krn Allah takakan memberikan kita ujian yg kita tak mampu hadapi.

Kesimpulannya:
hayatilah Firman Allah s w t dalam suruh Al-Insyirah ayat 5-6 yg bermaksud:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"

Last Usrah...

4/9/2011 18.14 pm
Salam w b t

Pada 25/8/2011, ak Nuzul, Juwe, Zul, Ridhuan dll ad menghadiri usrah ..yaitu usrah yg terakhir utk sem ni...memandangkan final exam dah dekat so kita orang kene focus on final exam lak...Memandangkan kali ini adalah usrah yg terakhir utk sem ni + sem depan Abg Lukman dah x de sebb dah graduate...so usrah kali ni special sikit...kita orang makan kat luar, di bandar Seri Iskandar.

Kita 9 orang naik kereta ...ad 2 buah kereta....1 kereta 5 orang , 1 lg 4 orang....thanks to Zakirin sbb meminjamkan kereta, kereta yg satu lg ialah kereta abg Lukman sendiri...Sampai di sana, kita orang terus oder makanan masing masing....sendiri bayar la...x kan nak belanjer kot...hehehehe...tp kali ni, salah sorang ahli usrah ad mensponser satu kek coklat ...Sedapnyer...terima kasih la utk kek tu ye...Serius kek tu sedap....rugi la sape2 yg x datang usrah kali ni...ad orang belanjer kek...hahaha

Nuzul & Juwe


tp usrah kalu ini memang berbeza dgn usrah yg sebelum ni...usrah kali ni ....MEMANG HOT!!!....kita orang membincangkan tentang ....tuuuut...x boleh diberitahu...sebb ini isu panas....sape2 yg x datang tu x dapat tahu la ...rugi2...Lantak korang la nak teka ap "tuuuttt" tu...ak x kisah.....yg paling penting bende tu memberi kesedaran kpd kita semua...hehehehe

Gambar semua orang


Abih jer makan kita orang pulag ke hostel masing2....errr kenyangnyer...nak tido lak
Assalamualaikum w b t


Satey...

4/9/2011 17.52pm
Salam w b t

Pagi pergi jalan2 di bandar beli baju raya, seluar raya, selipar raya...agenda utk petang hari lak ialah bakar satey....huhuhuhu dah lame x makan satey...one of my favourite food...satey & satar...satar hanya terdapat di Terengganu & kelantan jer..jarang jumpe orang jual kat negeri lain...kalu ikutkan hati, petang tu nak penuhi dgn tidur, tengok tv, study...tp tibe2 lak ayah ak kate nak makan satey...so ak yg hampir2 terlelap tu terus jadi segar bugar...terus pergi ke kedai mamak, beli arang  pastu buat preparation utk panggang satey...mase tu kul 4 ptg..ayah kate dia nak ambik satay (belum dipanggang) lepas solat asar..

Lepas jer solat asar kat surau berdekatan kita orang adik beradik kumpul kat belakang umah ...buat unggun api ...nak panggang satey la bro...tp bukan senang nak hidupkan unggun api, tambah2 lak tempurung2 kayu2 kat umah semua basah2 sebab hujan mlm semalam....so lambat jugak la start panggang....dalam kul 6 camtu baru boleh panggang satay...huhuhu

Ak , kembar ak, & adik ak


Kita orang ni dah pandai panggang satey...mase first2 time pangang satey dulu...habis semua satey hitam legam....hangus...biasa la mase first2 time masak dulu...sekarang dah ok la...x la expert macm penjual satey tu...ish3

tengok , x la hangus sangat


Mlm tu mcm biasa la makan pastu solat maghrib, ishak pastu solat trawikh kat surau...

Assalamualaikum w b t

Repair Kereta...

4/9/2011  17.17pm
Salam w b t

Pada 26 ari bulan 8 ari tu, saya pulang ke kampung halaman yg dirindui...hahahaha...dah lame x balik kampung ni...kalu x silap lebih kurang 4 bulan x balik huhuhuhu...ak satu bas dengan Ayen, Mecul, Nuzul dan lain2...kita orang bertolak pd pukul 3.30 petang di parking V4...la awalnyer??...entah la biasanya kul 9 baru bertolak balik.

Raya tahun ni pelik sikit dari raya2 tahun2 lepas sebab lepas jer raya, kita orang ada Final Exam...susah beb dah la study week skali dgn hari raya...camne la nak study...ish3...ak tiba di kampung kelahiran ku pada pukul 2.30 pagi...awal lagi nih...apa lg terawikh la!! dah la mlm tu malam ke 27 ramadhan...rugi2 x terawikh..ish3

kereta ni servis jer....kacang jer...bulan pose ni x nak la keje yg berat2 (tukar cluch, angkat engine dll)


ak balik 26/8....raya 30/8, lambat lg ni...so sempat lagi la nak main2 minyak sikit, ketuk2 sikit kereta orang, kotor2 kan tangan yg bersih ni...hahaha...apa lg kejer la, so dapat duit sikit walaupun x seberapa...dalam RM100 kot dapat sebb keje 2 ari jer...kalu sebulan dekat seribu...beb..hehehehe

So dapat la beli baju raya mahal2 sikit, beli selipar baru, bayar bil Celcom, beli seluar baru...boleh kate macam2 la boleh beli hahahaha...jangan dengki la kalu baju raya ak harga lebih RM60+ sehelai....hehehehe

Lepas 2 ari kerja, esoknya (29/8/2011) ak pg berjalan2 di bandar ...masuk kedai tu, masuk kedai ni...terbaik la jalan jem macam ap .....ish2...tp waktu mcm ni la baju raya turun harga 20% discount, 30% discount, 50% discount hahaha...apa lg rendah je la jalan jem ni... jimat duit ak + ayah ak...

Ak jenis x memilih baju...sampai2 je kat kedai...ak terus belasah baju tu, baju ni, ....seluar tu, seluar ni ...3 helai baju, 2 helai seluar ak kebas, semuanya color putih + hitam hahaha....tema raya ak tahun ni putih hitam melambangkan ak bgai anak jati Terengganu...betul ke???...lantak la...ak nak pakai baju ni mase Final Exam nanti....

Dalam kul 12 tgh hari kita orang pulang ke rumah...letih la jalan2...beratus2 duit melayang utk baju raya huhuhu

Assalamualaikum w b t

Terbaik!!

26/8/2011  1.44am
Salam w b t


Just want to share about one of department that involve in managing of UTP in order to become the best engineering University in Malaysia. Actually there was many department that involve in managing UTP , for example are ITMS, JPSP, IRC and many more. But in amount of them, the best department in students view is JPSP. Hahahaha...



You all are the best compared to another department in UTP...

Assalamualaikum w b t

P/s :

Memburu malam Lailatul Qadar

25/8/2011  1.15 pm
Salam w b t

Allah berfirman bahawa:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang meyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatul qadar. Lailatul qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dari keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan malam ini sejahtera hingga terbit fajar."

Ayat diatas menerangkan bahawa bertapa besarnya kelebihan malam Lailatul qadar, yang mana malam itu dikatakan mempunyai kelebihan yang bersamaan dengan amalan selama 1000 bulan. wooo banyak tu, berape tahunkah 1000 bulan??? kira sendiri la...hehehehe

Aktiviti pelajar UTP sepanjang 10 malam terakhir (qiam at masjid la bro)


Disebabkan kelebihan inilah, kita sebagai orang islam hendaklah memanfaatkan peluang yang ada dengan menghidupkan malam Lailatulqadar dengan beribadah kepada Allah s w t. Seperti yang kita semua tahu, umur umat Muhammad ni pandek jer jika dibandingkan dengan umat2 yang terdahulu...So sebab itulah Allah s w t memberikan kita keistimewaan yang tidak pernah diberikan kpd umat2 yg sebelum ini iaitu malam Lailatul qadar.

Selain amalan lebih baik dari 1000 bulan, terdapat juga keistimewaan lain yg terdapat dalam malam ini.

Abu Hurairah r a telah meriwayatkan bahawa:
"Barang siapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah s w t, nescaya ia diampunkan dosanya yang lalu"

Hadis diatas menerangkan bahawa, selain drpd amalan di malam itu lebih baik dari 1000 bulan, dosa2 kita yang lalu juga akan diampuni jika kita bersungguh2 beribadat pada malam tersebut dengan niat hanya kerana Allah s w t.

Terbaiklah...sahur free disediakan


So bagi pandagan saya rugi la kepada sesiapa yang tidak memenuhi malan ini dengan beribadat kepada Allah s w t...bahkan Rasulullah s a w  yang terlepas daripada dosa tu pun tidak melepaskan walaupun satu malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan. Apatah kita ini yang memang tidak terlepas daripada dosa dan maksiat.

Diriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa:
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Rasulullah s a w bersabda bahawa:
"carilah malam Lailatulqadar pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil"

Marilah sama2 kita semua memperbanyakkan amalan dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Kalu masih tak mampu, Carilah pada malam2 ganjil iaitu pada 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Kalu ini pun masih tak mampu, at least try la solat berjemaah utk solat Ishak dan solat Subuh.. sebab saya ad dengar hadis yang mengatakan bahawa jika kita solat ishak dan solat subuh secara berjemaah...pahala yang kita dapat adalah seperti kita beribadat sepanjang malam.

Assalmualaikum w b t