Khalifah Umar Abdul Aziz????

23/7/2011  22.30pm
Salam w b t

Ari ni  mahu cerita tntg Khalifah Umar Abdul Aziz...korg tau x sape die ni???
khalifah ke brape die ni???...hahaha...kalau korg x tau lets go through this post

ak ambik info pasal die ni dr dlm buku ni (gambar). kalu korg nak tau lebih lanjut tntg beliau...boleh la pinjam buku ni  or beli la buku ni...murah jer


Title:               Novel Sejarah Islam -Abdul Latip Talib (buku ni ad banyak koleksi)
Price:              Sem. Malaysia RM24.00
                        Sabah/ Serawak RM27.00



Biodata Ringkas
Nama                  : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu            : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir                : 61H
Umur                  : 39 tahun

Tarikh M/Dunia    : 102H (Sbb diracun)
Jawatan              : Khalifah Ke 8 Bani Umaiyyah (dr 14 org khalifah)
Tarikh Lantikan    : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Khalifah Bani Umaiyah
- Muawiyah bin Abi Sufian
- Yazid bin Muawiyah
- Muawiyah bin Yazid
- Marwan bin Hakam
- Abdul Malik bin Marwan
- Walid bin Abdul Malik 
- Sulaiman Bin Abdul Malik
- Umar bin Abdul Aziz
- Yazid bin Abdul Malik
- Hisyam bin Abdul Malik
- Walid bin Yazid
- Yazid bin Walid
- Ibrahim bin Walid
- Marwan bin Muhammad



Pendidikan
1. menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi.
2. marantau ke madinah utk menimba ilmu dr beberapa org tokoh ( Ex. :Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dll)


Sifat-Sifat Peribadi
mewarisi sifat datuknya Saidina Umar b Al-Khatab iaitu seorg yg warak, mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai, sangat teliti dlm sesuatu pekara yg berkaitan harta rakyat



gua pun ad teringat tntg kisah cerita pasal beliau ni salah satunya :
Khalifah  Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri


Bukti2:
1. Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik  telah berkata : "Aku  tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul  Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"


2. At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku)  akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"


3. Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar     suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".


4. Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"


5. Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"


6. Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang  lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"


Spnjag pemerintahn:
Dilantik sleps kematian Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, sbelum beliau dilntik menjadi khalifah, Khalifah Sulaiman selalu bertanyakn pendapat beliau dlm setiap urusan negara. Setelah menjadi khalifah beliau membuat beberapa perubahan dlm pemerintahan iaitu:


1. menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran


2. merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal


3. memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah


Sepanjang pemerintahan beliau , beliau selau menyamar menjadi rakyat jelata utk bertanyakan masalah rakyat. Beliau juga menitikberat pasal pendidikan agama, beliau mangarahkan rakyat sentiasa solat berjemaah di masjid, masjid dijadikan tmpat mempelajari agama, mengarahkan penyusunan semula hadith2  Rasulullah SAW.

Hasilnya, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat..

 cite pasal beliau sebb, beliau ni salah sorang tokoh yg ak minat....

0 comments: