Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Memburu malam Lailatul Qadar

25/8/2011  1.15 pm
Salam w b t

Allah berfirman bahawa:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang meyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatul qadar. Lailatul qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dari keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan malam ini sejahtera hingga terbit fajar."

Ayat diatas menerangkan bahawa bertapa besarnya kelebihan malam Lailatul qadar, yang mana malam itu dikatakan mempunyai kelebihan yang bersamaan dengan amalan selama 1000 bulan. wooo banyak tu, berape tahunkah 1000 bulan??? kira sendiri la...hehehehe

Aktiviti pelajar UTP sepanjang 10 malam terakhir (qiam at masjid la bro)


Disebabkan kelebihan inilah, kita sebagai orang islam hendaklah memanfaatkan peluang yang ada dengan menghidupkan malam Lailatulqadar dengan beribadah kepada Allah s w t. Seperti yang kita semua tahu, umur umat Muhammad ni pandek jer jika dibandingkan dengan umat2 yang terdahulu...So sebab itulah Allah s w t memberikan kita keistimewaan yang tidak pernah diberikan kpd umat2 yg sebelum ini iaitu malam Lailatul qadar.

Selain amalan lebih baik dari 1000 bulan, terdapat juga keistimewaan lain yg terdapat dalam malam ini.

Abu Hurairah r a telah meriwayatkan bahawa:
"Barang siapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah s w t, nescaya ia diampunkan dosanya yang lalu"

Hadis diatas menerangkan bahawa, selain drpd amalan di malam itu lebih baik dari 1000 bulan, dosa2 kita yang lalu juga akan diampuni jika kita bersungguh2 beribadat pada malam tersebut dengan niat hanya kerana Allah s w t.

Terbaiklah...sahur free disediakan


So bagi pandagan saya rugi la kepada sesiapa yang tidak memenuhi malan ini dengan beribadat kepada Allah s w t...bahkan Rasulullah s a w  yang terlepas daripada dosa tu pun tidak melepaskan walaupun satu malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan. Apatah kita ini yang memang tidak terlepas daripada dosa dan maksiat.

Diriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa:
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Rasulullah s a w bersabda bahawa:
"carilah malam Lailatulqadar pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil"

Marilah sama2 kita semua memperbanyakkan amalan dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Kalu masih tak mampu, Carilah pada malam2 ganjil iaitu pada 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Kalu ini pun masih tak mampu, at least try la solat berjemaah utk solat Ishak dan solat Subuh.. sebab saya ad dengar hadis yang mengatakan bahawa jika kita solat ishak dan solat subuh secara berjemaah...pahala yang kita dapat adalah seperti kita beribadat sepanjang malam.

Assalmualaikum w b t




























Mana Mak???

17/8/2011 10.09am 
Salam w b t
Post ini di adaptasi drp sebuah cerita yg saya terbaca dr Facebook nukilan  Ida Adawiyah. 

Cerita ini mengisahkan tentang bertapa kasihnya, perihatinnya seorang ibu terhadap anak2 nya serta bertapa patuhnya kpd suami. Akan tetapi apabila anak2 sudah dewasa, sudah berumahtangga, anak2 semakin melupakan kedua2 ibubapanya. Anak2 lebih mengutamakan keluarga sendiri, pekerjaan sendiri drp ibubapa  yg penat dan lelah dlm mendidik mereka, menjaga mereka bagaikan "menatang minyak yang penuh"

Gambar hiasan


Persoalannya, beginikah kita melayan mereka setelah mereka tua kelak?, patutkah mereka dilayan seperti itu?.  Jawapannyn?, tanyalah diri sendiri

Allah s w t telah berfirman bahawa: 
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"
(Surah Al Lukman, ayat 14, hlmn 412)


Ak, Kak, Kembar

Silakan bace dan cubalah menghayati mesej yg ingin disampaikan oleh cerita ni.
Jam 6.30 petang
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?"

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Nauzubillah....Ya Allah jauhilah ak dr ini

Assalamualaikum w b t

Panjangkan umurku

17/8/2011  7.51am
Salam w b t

Dalam post yg sebelum ni saya ad janji nak bgtau camne nak menggolongkan diri kita dlm kalangan oarang yg beriman dan bertakwa....i mean dean's list bg Allah s w t...Jika kita ditakdirkan, esok tarikh luput kita...so camne nak memanfaatkan masa yang ad @ camne nak panjangkan lg tarikh luput diri kita ke hari yg lain

Sebenarnya terdapat pelbagai cara utk memanjangkan umur kita, disini  saya ingin megetengahkan 3 cara sahaja yaitu:
  • Penambahan Kuantiti Usia
  • Penambahan Kualiti Usia
  • Membuat Amalan yg Terus Hidup 
Penambahan Kuantiti Usia

1. Akhlak yg mulia & menghubungkan hubungan silaturahim
Akhlak mulia & hubungan silaturahim adalah salah satu yg sangat dituntut oleh agama, tak kira lah Islam, Kristian, Hinddu Dll.



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r a, beliau berkata bahawa:  
"Aku pernah mendengar Rasulullah s a w bersabda yg bermaksud: 'Sesiapa yg suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan hubungan silaturahim'".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s a w juga bersabda bahawa:  
"Silaturahim itu boleh menambah umur".
(Riwayat al Quda'i)

Disebabkan inilah para salafussoleh sangat menitik beratkan soal jalinan silaturahim. Namun, ramai masih tidak mengetahui hakikat sebenar tali silaturahim, tali siraturahim bukan sahaja berhubung dgn orang yg telah mempunyai hubungan baik dgn kita, bahkan merangkumi meyambung balik tali persaudaraan dgn orang yg telah memutuskan tali persaudaraan dgn kita.

2. Berbuat baik pada jiran tetangga
Rasulullah  s a w telah bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg diberi sifat lemah lembut, maka bahagiannya di dunia dan akhirat telah diberikan kpdnya. Silaturahim dan akhlak yang baik serta berbuat baik pd jiran tetangga dpt meramaikan perkampungan dan memanjangkan umur"
(Riwayat Ahmad & Al-Baihaqi)

Rasulullah s a w telah mengigatkan kita bahawa berbuat baik pd jiran tetangga merupakan salah satu drpd tanda keimanan.

Baginda bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg beriman kpd Allah dan kpd ari akhirat hendaklah dia berbuat baik kpd tetangganya"
(Riwayat Muslim)


Penambahan Kualiti Usia (keberkatan dlm usia)

Keberkatan dlm usia ialah dimana beliau tidak akan membuang masa dgn aktiviti yg sia-sia. Bahkan sehingga kebaikan yg dilakukan olahnya dapt mengatasi kebaikan yg dilakukan oleh orang yg umur lebih panjang dprdnya. Malah, dari segi kejahatan pula, jumlah kejahatan yg dilakukannya lebih kurang drpd kejahatan yg dilakukan oleh orang yg jauh lebih muda drpdnya.

Antara amalan yg menambah kualiti usia ialah:



1. Solat di Mekkah & Madinah
Rasulullah s a w telah bersabda yg bermaksud:
"Sembahyang di masjidku lebih utama drpd seribu sembahyang di tempat lain kecuali Masjidilharam. Dan sembahyang di Masjidilharam lebih utama drpd seratus ribu sembahyang di tempat lain".
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Perbezaan ini menampakkan seoleh-oleh umur kita dipanjangkan jika kita solat di kedua2 tempat tersebut...kalu boleh aku nak solat tiap2 ari kat situ...Insyaallah

2. Solat berjemaah di masjid
3. Solat Sunat di rumah
4. Mengamalkan Adab2 dlm Islam/ Adab2 Rasulullah s a w
5. Bersedekah
6. Menolong orang lain

P/s: Panjang sangat keterangannya...letih nak menaip

So marilah sama2 kita mengerjakan amalan2 yang disebut dlm perenggan sebelum ni...moga2 amalan kita semua diterima dan usia kita sama2 mendapat berkat dr Allah s w t

Assalamualaikum w b t











Disaat ajal menjelma

14/8/2011  10.31 am
Salam w b t


Pernahkah anda terdengar lirik lagu ini?? pernahkan

"Andai kutahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,"

dipetik dr kump Ungu

Sungguh besar maksud yg ingin disampaikan oleh lagu ni ye...andanya kita mengetahui bila nyawa kita akan diambil...pasti kita akan beribadat bersungguh2, terutamanya bila sudah hampir2 ajal menimpa....biasa la kan, time2 nak dekat test tu baru semua org berpusu2 buat study group, jumpa lacturer, jawab soalan dll..ish3....tp persoalannya sekarang, bila masenya ajal menjemput kita???....semua orang x tau kan.

gambar hiasan (kesian tikus tu dah nak mati dah)


So kpd yg diluar sana, yg masih lalai dgn dosa dan maksiat, cube2 la sedar diri sikit, kita x tau bile masanya ajal menjemput kita..entah esok...entah-entah 1-2 jam lg...."ala, bile dah tua, taubat la" .... "hei  bro, mati x kenal usia la bro"...Lebih baik korang insaf skrg.

Allah s w t telah berfirman dlm surah Al-Asr bahawa:
"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dlm kerugian. Melainkan org2 yg beriman dan beramal soleh dan mereka yg berpesan2 dgn kebenaran serta berpesan2 dgn sabar"
(Surah Al-Asr 103, 1-3)

Menurut ayat ini, semua manusia dlm kerugian kecuali mereka2 yg beriman, beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran...so marilah kita sama2 menggolongkan diri kita dlm kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh ini...."tp camne???....saya dah buat banyak dose dulu...huhuhuhu"

aha nak tau camne caranya???...ikutilah post saya yg seterusnya...insyaallah

Assalamualikum w b t

Dosa tanpa disedari

8/8/2011 7.08am
Salam w b t


Seperti biasa ari ni, saya ingin merungkai mengenai apa itu "dosa tanpa disedari"....dosa tanpa disedari??? apa tu??, camne ni terjadi???....sebenarnya saya tertarik dgn salah satu video yg terdapat dlm facebook yg bertajuk "Dosa 24 jam di facebook [upgrade version]"....drpd video inilah saya mengadaptasikannya ke dlm post ari ni.


Spt yg sedia maklum dunia ari ni, facebook/twitter memainkan peranan yg agak penting dlm hidup bersosial, tak kira la bg yg tua atau yg muda, boleh dikatakan facebook ni sesuai utk semua peringkat umur...melalui facebook/twitter kita dapat berbincang mengenai sesuatu masalah, berjumpa saing2 (kawan2) yg dah lama kita x jumpa, wish happy birthday, bgtau info penting tntg test, quiz DLL....

Tapi sedarkah anda...disebalik faedah penggunaan facebook/twitter ni...terdapat banyak kekurangan disebaliknya...pernahkah anda terdengar @ terbaca berita tantang saman 10 juta gara2 disebabkan facebook??? ....mugkin anda pernah terdengar mengenai artis yg bergaduh melalui laman social facebook dan juga twitter???....pernahkah anda menghabiskan masa berjam2 melalui laman social ni??? (tanpa faedah)...pernahkah anda menghabiskan duit beratus2 hanya utk sesuatu application dlm laman ini???(tanpa faedah).

Semua itu adalah beberapa kekurangan yg terdapat dlm laman social ini....tp ari ini saya ingin mengetengahkah mengenai "dosa tanpa disedari" dlm berfacebook....Allah s w t telah berfirman bahawa(yang maksudnya): 

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)... (kecuali kepada mahram mereka).”  

(Surah an-Nuur, Ayat 31, hlmn 353)

Melalui ayat diatas, Allah memerintahkan mereka (perempuan) yang beriman supaya menutup aurat mereka drpd pandangan lelaki ajnabi (yang bukan mahram), tak kira la di dlm foto, di dlm kelas, bahkan di dlm facebook pun mereka WAJIB menutup aurat mereka drpd pandangan lelaki yg bukan mahram bg mereka.

Secara umumnya, disini saya ad memyediakan beberapa syarat2 asas pakaian seorang wanita beriman di hadapan bukan mahramnya adalah berikut:
  • Menutup seluruh tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup). Iaitu muka dan kedua tapak tangan.
  • Bukan dengan tujuan untuk berhias, yaitu utk menarik perhatian lelaki trhadapnya.
  • Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis atau jarang) sebagai kain pakaiannya. Ini supaya tidak menampakkan warna kulit atau bahagian dalam tubuhnya.
  • Tidak ketat tetapi perlu agar longgar dan tidak boleh menggambarkan bentuk tubuh.
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau syi’ar orang-orang fasiq.
  • Bukan pakaian kesombongan atau untuk bermegah-megah.
Akan tetapi fenomena hari ini.....di luar rumah, di kelas, di cafe dll....mostly (WANITA & LELAKI) memakai pakaian yg menutup aurat....kira ok la tutup aurat kan??....at least tutup aurat.....tapi di Facebook, Twitter, Gtalk, Yahoo massenger, DLL(banyak betul, letih nak mention)...lain pula ceritanya....tanpa segan silu berFREE HAIR, berPELUKkan dgn lelaki mana entah, memakai pakaian yg "TAK CUKUP KAIN", pakai "BOXER", pakai baju tp nampak "TUUUTTT"....Astarfirullahhalazim

Hei bro and sis, apa gunanya kalu kat luar tutup aurat tp dlm laman sosial bukak habis....dose jugakkan...x de gunanya....(ikut la, nak dedah ke, nak tutup ke, kamu ape susah!!!) saya sebenarnya nak nasihat jer.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu  adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”
 
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
 
 
Secara ringkasnya, jom kita lihat dan hayati apa mesej yg ingin disampaikan oleh video ni...saksikan


Sebenarnya saya bukan ingin focus pada perempuan sahaja, saya ingin focus pada lelaki juga....sebab tu la ad perkataan BOXER dlm perenggan kat atas tu...heheheheh....so as conclusion, marilah sama2 menghayati mesej yg ingin disampaikan oleh video ni...sama2 lah kita ambil ikhtibar dan pengajaran drpd video ni...moga2 kesilapan kita yg lalu x akan di ulangi lagi Insyaallah

Assalamualakum w b t...

 P/s: saya juga ingin mention tentg politik lucah mengenai video seks Anuar...sbenarnya (bg pandangan saya) org yg sebar/ rakam video itu tak patut la buat bende tu...walaupun mgkin Anuar yg buat bende tu, tp kan Allah s w t dah menutup aib org tu....jangan la pandai2 bukak lak...ish3 (Lepas ni mesti ad housemate yg serang ak ni...hehehehe)

Hadis solat Trawikh adalah palsu?

7/8/2011  15.29pm
Salam w b t

Sebelum ni saya ad post tntg hadis kelebihan solat sunat trawikh( yg 30 ari tu)....tp bila diteliti dgn lebih lanjut, didapati hadis itu adalah hadis palsu...terima kasih kpd salah sorang pembaca blog ini krn membetulkan kesilapan saya...anda boleh mengetahui dgn lebih lanjut mengenai hadis palsu ini melalui link ini


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat, Sabda Rasulullah s a w : "Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka". (Bukhori, Muslim) 


Pendustaan ni, merangkumi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah. So kpd blogger2 yg lain di luar sana, jika anda semua ad terpost hadis yg dimaksudkan dlm link tersebut, cepat2lah deleate post tu ye...  


Menurut Jabatan Agama Islam Terengganu, diantara ciri-ciri hadis rekaan dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah: 


1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2.  Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu





So sbg pelengkap...marilah sama2 kita menjaga kesucian hadis rasulullah s a w yg menjadi pegagan kedua ahli sunnah wal jamaah. x nak la kan, kita mengerjakan sesuatu amalan dgn niat nak dapat pahala, sebaliknya dosa besar yg diperoleh... i think that all from me assalamualaikum w b t

Bercinta hingga ke syurga

6/8/2011 11.55pm
Salam w b t

Spt yg dijanjikan dlm post yg sebelum ni, camna nak "bercinta" tp masih x langgar larangan agama. saya sebernarnya tertarik dgn salah satu artikel Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah yg bertajuk "kaedah mendekatkan jodoh". Melalui artikel beliau, terdapat 11 cara( bg lelaki la) camna nak bercinta. Tp disini saya hanya ingin mengetengahkan beberapa cara sahaja.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
"Wanita dinikahi karana empat perkara; karana hartanya, karana kedudukannya/keturunannya, karana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung."
 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Pernahkah anda terdengar "dari mata jatuh ke hati"???, begitulah juga cmna cinta berputik. cinta berputik drpd pandangan mata lalu turun ke hati, akan tetapi pandangan yg berlebih-lebihan akan membawa dosa. Islam menganjurkan umatnya menundukkan pandangan pd sesuatu yg diharamkan. Rupa paras merupakan sesuatu yg amat pentig dlm permulaan"cinta", spt mana lelaki, mahukan perempuan yg sedap mata memandang & solehah, begitu juga perempuan mahukan lelaki yg setia, handsome & soleh.


"Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya." (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))


 "Allah berfirman: 'pandangan itu adalah salah satu panah2 iblis. sesiapa meninggalkannya krn takut kpd-ku, nescaya aku akan memberikan ganti kpdnya dgn suatu keimanan yg akan dirasai kemanisan dlm hati." (Riwayat al-Tabarani dan al-Hakim)



Demi  memelihara hubungan baik antara suami isteri kelak (apabila sudah berkahwin la), maka islam memerintahkan melihat calon masing2 (tp jangan la lebih2). Dgn itu, ia akan membawa keharmonian bg kedua2nya.







Mghargai, bermesra dan menghormati pasagan adalah salah satu caranya. Tp perlu diingat bahawa (PALING PENTING), selagi belum ada ikatan yg sah disisi agama, kita tidak dibenarkan keluar berdua-duaan, bersentuhan, berpegangan tangan dll. pada  maksud yg lain, berCOUPLE BUKAN salah satu cara "bercinta" menurut agama. 

Semua itu (keluar berdua-duaan, bersentuhan, berpegangan tangan, bercouple) merupakan racun bg hati yg pasti akan megakibatkan cinta menjadi sesuatu yg pedih, jijik dan menjadi semakin jauh dr rahmat Allah. Maka, cinta itu akan menjadi cinta yg berlandaskan nafsu semata2.

Next, kita sbg hamba Allah, hendaklah menjadikan cinta dan sayang kpd Allah sbg cinta yg paling utama. Cinta kpd Allah adalah cinta yg hakiki yg tidak boleh ditandingi keagungannya (infinite). Cinta akan Rasulullah pula adalah cinta yg menyusul slps cinta kpd Allah.
  
“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

Menurut hadis diatas, wanita / isteri (aweks bg lelaki) adalah perhiasan duniawi, dan haram bg lelaki memandangnya kecuali bahagian muka & tapak tangan.....So kpd si stalker/usha di luar sana...janganlah kuat sangat stalker/usha aweks...bg wanita, lelaki yg kuat STALKER/USHA aweks ni adalah org yg rambang mata, gatal orgnya, dan yg paling penting X SETIA. (diorg x suka la lelaki mcm ni, diorang suke lelaki yg setia  )

Apabila ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yg menghampiri diri kpd Allah. Sabda Rasulullah s a w yg bermaksud: "kasihanilah apa yg ada dibumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yg berada di langit" (Riwayat Abu Daud). Hadis ni memberitahu kita bahawa, jika kita mahu berkasih sayang/ bercinta....pastikan ia membawa diri kita lebih dekat kpd Allah s w t...sbg contoh:

1. jika kamu menyukai seorg non muslim, pastikan ia dpt mendekatkan dirimu kpd maha pencipta dgn mengajaknya memeluk Islam, dr menyembah berhala kpd menyembah tuhan yg esa.

2. Jika kamu menyukai seseorg yg jahil agamanya, contoh freehair, tinggal solat, x pose dll...pastikan ia dapat mengubah si dia drpd jahil kpd menjadi seorg muslim/muslimat yg soleh/solehah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara "bercinta" menurut islam...so "ikutlah cara yg disyorkan oleh agama, nescaya kamu akan bahagia"....SERIUS, sebenarnya saya agak kekok (x beberapa pandai) dlm membicarakan bab2 bercinta ni...hahahaha...sbb tu x beberapa menarik...so that all from me assalamualaikum w b t




P/s: Boleh baca contoh camne nak "bercinta" dlm buku "derap2 tasbih", "ayat2 cinta" or "Ketika cinta bertasbih" (bukan mcm dlm cita bersiri dlm TV tu, sesat tu, pakai kain singkat2 pastu solat, apa da mengarut, islamik la konon) ...terdapat banyak pengajaran di sebalik cerita2 ni





Dosa cinta???

4/8/2011  4.38pm
Salam w b t

ari ni x saya tertarik dgn tajuk dn video yg terdapat dlm blog Jalan salafus sholih yg bertajuk "disini bermulanya zina"....aha nak tau x knp saya buat tajuk sbg "dose cinta"??? kalu nak tau meh sini saya cerita..

Tiap2 ari mesti ad dipaparkan dlm berita (terutama Kosmo) pasal kes2 pembuangan bayi. Bayi yg masih merah bertali pusat yg belum di potong, dicamppakkan spt sampah ke dlm tong sampah, tepi sungai, tepi jalan dll. Semulia-mulia manusia boleh menjadi seteruk2 haiwan, bahkan lebih teruk dr itu. Seteruk2 haiwan mana pun, ia x akan buang anak2 mereka mcm sampah. tp sekarg lain pulak jadinya. krn nak tutup aib, sanggup mereka buat dosa mcm tu...ish3




Persoalannya, knp perkara ni terjadi?? apa puncanya??....bg saya salah satu punca nya ialah kekurangan kesedaran tentg agama, sikap acuh-x acuh dlm bab agama, pengaruh budaya barat, dn sebgainya.

 Rasulullah s a w bersabda melalui sebuah hadis kudsi yg bermaksud :
"Allah berfirman: 'pandangan itu adalah salah satu panah2 iblis. sesiapa meninggalkannya krn takut kpd-ku, nescaya aku akan memberikan ganti kpdnya dgn suatu keimanan yg akan dirasai kemanisan dlm hati." (Riwayat al-Tabarani dan al-Hakim)

Melalui hadis diatas, Rasulullah menyuruh kita menjaga pandangan (jangan la lihat bende2 yg mengarut)...krn pandangan adalah salah satu cara iblis menarik kita ke lembah neraka jahanam..."Ya Allah jauhilah ak drpdnya".

Selain drpd pandangan, membisikkan sesuatu ke dlm hati kita merupakan salah satu cara mereka....contohnya: membisikkan perasaan was2, membisikkkan perasaan cinta & keinginan ber"couple" dll....so melalui tajuk "Dosa cinta" ini, saya ingin mengetengahkan tentg bagaimana cinta dpt menarik kita ke lembah kehinaan yaitu ZINA, dn post yg seterusnaya, saya akan bgtau camna nak "bercinta" tp still ikut sunnah...insyaallah ...so saksikan video ni



sbg pelengkap marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita, marilah kita mghayati mesej yg ingin disampaikan oleh video ni....that all from me...assalamualaikum w b t








Tidur slps subuh, boleh ker???

3/8/2011   7.09 am
Salam w b t


dah lame saya x update blog ni ye...hahahahaha....semlm saya terlepas 1 quiz and satu assignment...ni sbb tido punye pasal, lepas solat subuh kat surau V3, ingatkan nak baring kat katil 2-5 minit...tp lain pulak jadinyer...trtido smpai 2-3 jam, ish3...nyesal dooh...trlepas 1 kelas, 1 quiz and 1 assignment..ahhhh!!!...x nak dah baring atas katil leps subuh....nyesal3

Dr peristiwa ni, saya teringat satu artikel pasal tido slps subuh dlm majalah Solusi....menurut artikel ni memg x de dalil yg melarang kite tidur slps solat subuh...so x berdosela tido slps solat subuh....hahahaha...akan tetapi terdapat beberapa keburukan tido slps solat subuh, salah sorang sahabat Rasulullah s a w, Ibn Abbas r. a. telah berkata bahawa "org yg tido slps subuh (tak kire la lepas solat terus tido ker, tido dlm waktu lsps subuh ke) akan dipayahkan rezeki utknya". So memg terbukti la kate2 Ibn Abbas r a, ak terlepas 1 quiz and 1 assignment

Ibn Qayyim turut mention tentang tidur slps solat subuh ni melalui kitabnya Zad al-Ma'ad (jil.4 hlman.378) tentg salah satu yg menghalang rezeki ialah tido pd waktu pg. Selain tu, beliau juga berkata, tido pd waktu pg ni membawa banyak penyakit dn melemahkan nafsu syahwat (memg ad dlm kitab tu la...bukan reka2 ni)...tido slps subuh ni dipanggil khurq iaitu tidur yg dicela dlm budaya Arab.

Selain tu, dlm kitab Madarij al-Salikin, tido slps subuh ni turut dimention dlm bab Mafasid al-Qaib, iaitu salah satu punca rosaknya hati ialah terlalu banyak tido dn tido pd waktu merosakkkan (waktu slps subuh dn slps asar)

Drpd 'Urwah bin Zubair beliau berkata: "dahulu Zubair melarang anak2 nya tidur pd waktu pg,". 'Urwah berkata: "sungguh, jika ak mendengar bahawa seseorg itu tidur pd waktu pg, maka ak berasa tidak suka akannya" (Riwayat Ibn Abi Syaibah no. 25442. Sanad sahih)

Menurut para salaf, tido yg ditegah ialah tidur slps solat subuh hingga terbit matahari krn waktu tu la waktu yg sesuai utk menuai pahala dgn mengaji ker, berselawat ke, tazkirah ker dll. Nabi junjungan kita, Rasulullah s a w pun x tido slps solat subuh tau.

Drpd Samma' bin Harb, ak bertanya kpd Jabir bin Harb, ak bertanya kpd Jabir bin Samurah: "adakah kamu kerap duduk bersama Rasulullah s a w???". Jabir bin Samurah berkata: "Ya, banyak kali. Rasulullah s a w tidak akan meninggalkan tempat beliau meninggalkan solat subuh hingga matahari terbit. Apabila matahari terbit, beliau akan bangun meninggalkan tempat tersebut. Kadang2 para sahabat bersembang tntg masa jahiliah yg telah dilalui mereka sambil ketawa sdgkan Nabi s a w hanya tersenyum mendengar hal tersebut". (Riwayat Muslim, jil. 1, hlman. 463 no. 670)

So kesimpulanyer, drpd tido  merilah kite sama2 buat bende yg lebih berfaedah spt mengaji, berzikir, bace mathurat,meghadiri majlis ilmu, update blog (blog yg bergune la...bukan blog cite pasal burung ke ap ke...x de kejadah), dll. Drpd Sakhr al-Ghamidi, Rasulullah s a w berdoa: "Ya Allah, berkatilah umatku pd waktu pg"....i think that all from me today Assalamualaikum w b t
 
P/s: disamping ni saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kpd Frhan Zaini & Syamsul aka Mecul....moga2 hidup mu dipenuhi dgn rahmat Allah s w t

Ramadhan datang lagi :)

29/7/2011  06.00am
Salam w b t

"tik tok, tik tok jam berdetik...sedar x sedar, esok lusa ramadhan la!!!"...alhamdulillah dapat juga kita bertemu bulan yg penuh berkat ni, setelah setahun yg lalu ramadhan meninggalkan kita semua. Harap2 agar bulan ramadhan kali ni lebih baik dr tahun lepas, insyaallah ramadhan kali ni dapat membuahkan lebih banyak hasil yg dapat kita tuai di akhirat kelak.









P/s: sama2 juga kita tolak perkara haram ( merokok haram la bro)




Abu hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s. a. w. bersabda bahawa: "berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) lagi.Jika nampak akannya, maka genaplah hitungan syaaban menjadi 30 hari" (Riwayat al-Bukahari)

hadis diatas memberitahu kita semua, puasa tu wajib bagi semua orang islam kecuali bg mereka yg uzur. so esok luse, sama2 la kita niat puasa, "sesiapa yg tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tiada puasa bgnya" (Riwayat Abu Daud). taklupa juga,  marila sama2 kita bersahur kat cafe or kat kedai mamak kat luar, or kat kedai syabila "bersahurlah, krn pd sahur tu ad keberkatan" (Riwayat al-Bukhari dn Muslim).

P/s: please la jangan la bercouple

tak lupa juga kpd sesiapa yg kuat kutuk orang tu (termasuk la diri sendiri, dlm blog la) or selalu sebut "shit"2 tu marila kite sama2 jaga mulut kite dr kutuk orang, termasuk la org yg selalu je perli ak, kutuk2 ak dr belakang la...usha2 aweks la....couple la....Rasulullah s a w telah bersabda bahawa " bukanlah dari itu, dari makan dan minum, namun puasa adalah menahan diri drp bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakiti mu, maka katakan : 'sesungguhnyer ak sedg berpuasa'"


kat sini juga saya mahu berkongsi 5 Bonus khas yang Allah s w t bg pd kita sepanjang bulan ramadhan (kalu pose la), Rasulullah telah meriwayat dlm hadis  bahawa: "Umat ku diberikan 5 perkara yg belum prnah diberikan kpd umat2 sebelum ni iaitu:




  • Bau mulut org berpuasa lebihwangi dr kasturi di sisi Allah
  • Para malaikat beristighfar utk mereka sehingga mereka berbuka
  • Allah memperindahkan syurganya setiap hari dn berfirman: "Hampir2 hamba2 ku yg soleh akan dicampakkanplbagai kesukaran dn penderitaan dn kembali kpd mu"
  • Syaitan2 dibelenggu
  • Malam lailatulqadar (mlm yg lebih baik dr 1000 bulan)
so marilah kita perbanyakkan amalan kita sepanjang bulan ramadhan ni....tp jangan la kite sambung balik prbuatan jahat kita (kutuk2 org, cakap lucah, kuat usha aweks, couple dll) lepas syawal menjelma..ish3
i wish all the best to u all...assalamualaikum w b t





Blog oh blog

25/7/2011  13.15pm
Salam w b t


ari ni dpt banyak komen yg membangun dr (mamak mane entah), pasal blog ni (terutama dr mamak yg suke usha2 aweks).....ap da, g makan pun usha aweks, g kelas pun usha aweks, lepas ni layan Fb pun usha aweks...ish2 x de kejadah...


so jangan la kuat sangat usha aweks, ( ala nak cari calon...x kan x boleh kot???) usha tu boleh, tp jangan la berlebih sangat, ni sampai nak makan pun usha aweks, g kelas pun usha aweks, lepas ni nak terberak pun usha aweks....hahahahaha...baik la lu ingat ni, dlm surah al Nur, ayat ke 26:
  
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]


kalu korang kuat sangat usha aweks, lepas ni korg pula yg dapat aweks (bini) yg kuat usha jantan....hahahahaha

opsss...ari ni insyaallah, dpt handphone baru (biar la secondhand pun)....handphone ni  beli dr kawan ....model???  sbenarnya x beberapa suke handphone touch screen, paling pntg function die, ala kalu touch screen (ap je function yg die ad, camera pun x beberape power, kalu rosak abih duit beb, dah la mahal)...


ni model yg gua nak beli:



Model                                     W995
Size                                        97.0 × 49.0 × 15.0 mm / 3.8 × 1.9 × 0.6 inches
Weight                                   113.0 g / 4.0 oz
Screen                                   240x320 pixel
Memory                                 Phone memory up to 118MB 
                                              Memory Stick Micro™ (M2™) support (up to 16GB)

                                              Actual free memory may vary due to phone pre-configuration
Camera                                  8.1 Mega pixel (with photo flash)
Connectivity                          Support Wi-Fi, Bluetooth technology, 

x perlu la nak bgtau lebih lanjut pasal handset ni....kat internet pun berlambak pasal handset ni....and yg paling best ak beli handset ni dgn harga RM300..huhuhu...murah tu...kalu ikut harga kat tempat lain dlm RM500 lebih kot