Dosa tanpa disedari

8/8/2011 7.08am
Salam w b t


Seperti biasa ari ni, saya ingin merungkai mengenai apa itu "dosa tanpa disedari"....dosa tanpa disedari??? apa tu??, camne ni terjadi???....sebenarnya saya tertarik dgn salah satu video yg terdapat dlm facebook yg bertajuk "Dosa 24 jam di facebook [upgrade version]"....drpd video inilah saya mengadaptasikannya ke dlm post ari ni.


Spt yg sedia maklum dunia ari ni, facebook/twitter memainkan peranan yg agak penting dlm hidup bersosial, tak kira la bg yg tua atau yg muda, boleh dikatakan facebook ni sesuai utk semua peringkat umur...melalui facebook/twitter kita dapat berbincang mengenai sesuatu masalah, berjumpa saing2 (kawan2) yg dah lama kita x jumpa, wish happy birthday, bgtau info penting tntg test, quiz DLL....

Tapi sedarkah anda...disebalik faedah penggunaan facebook/twitter ni...terdapat banyak kekurangan disebaliknya...pernahkah anda terdengar @ terbaca berita tantang saman 10 juta gara2 disebabkan facebook??? ....mugkin anda pernah terdengar mengenai artis yg bergaduh melalui laman social facebook dan juga twitter???....pernahkah anda menghabiskan masa berjam2 melalui laman social ni??? (tanpa faedah)...pernahkah anda menghabiskan duit beratus2 hanya utk sesuatu application dlm laman ini???(tanpa faedah).

Semua itu adalah beberapa kekurangan yg terdapat dlm laman social ini....tp ari ini saya ingin mengetengahkah mengenai "dosa tanpa disedari" dlm berfacebook....Allah s w t telah berfirman bahawa(yang maksudnya): 

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)... (kecuali kepada mahram mereka).”  

(Surah an-Nuur, Ayat 31, hlmn 353)

Melalui ayat diatas, Allah memerintahkan mereka (perempuan) yang beriman supaya menutup aurat mereka drpd pandangan lelaki ajnabi (yang bukan mahram), tak kira la di dlm foto, di dlm kelas, bahkan di dlm facebook pun mereka WAJIB menutup aurat mereka drpd pandangan lelaki yg bukan mahram bg mereka.

Secara umumnya, disini saya ad memyediakan beberapa syarat2 asas pakaian seorang wanita beriman di hadapan bukan mahramnya adalah berikut:
  • Menutup seluruh tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup). Iaitu muka dan kedua tapak tangan.
  • Bukan dengan tujuan untuk berhias, yaitu utk menarik perhatian lelaki trhadapnya.
  • Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis atau jarang) sebagai kain pakaiannya. Ini supaya tidak menampakkan warna kulit atau bahagian dalam tubuhnya.
  • Tidak ketat tetapi perlu agar longgar dan tidak boleh menggambarkan bentuk tubuh.
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau syi’ar orang-orang fasiq.
  • Bukan pakaian kesombongan atau untuk bermegah-megah.
Akan tetapi fenomena hari ini.....di luar rumah, di kelas, di cafe dll....mostly (WANITA & LELAKI) memakai pakaian yg menutup aurat....kira ok la tutup aurat kan??....at least tutup aurat.....tapi di Facebook, Twitter, Gtalk, Yahoo massenger, DLL(banyak betul, letih nak mention)...lain pula ceritanya....tanpa segan silu berFREE HAIR, berPELUKkan dgn lelaki mana entah, memakai pakaian yg "TAK CUKUP KAIN", pakai "BOXER", pakai baju tp nampak "TUUUTTT"....Astarfirullahhalazim

Hei bro and sis, apa gunanya kalu kat luar tutup aurat tp dlm laman sosial bukak habis....dose jugakkan...x de gunanya....(ikut la, nak dedah ke, nak tutup ke, kamu ape susah!!!) saya sebenarnya nak nasihat jer.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu  adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”
 
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
 
 
Secara ringkasnya, jom kita lihat dan hayati apa mesej yg ingin disampaikan oleh video ni...saksikan


Sebenarnya saya bukan ingin focus pada perempuan sahaja, saya ingin focus pada lelaki juga....sebab tu la ad perkataan BOXER dlm perenggan kat atas tu...heheheheh....so as conclusion, marilah sama2 menghayati mesej yg ingin disampaikan oleh video ni...sama2 lah kita ambil ikhtibar dan pengajaran drpd video ni...moga2 kesilapan kita yg lalu x akan di ulangi lagi Insyaallah

Assalamualakum w b t...

 P/s: saya juga ingin mention tentg politik lucah mengenai video seks Anuar...sbenarnya (bg pandangan saya) org yg sebar/ rakam video itu tak patut la buat bende tu...walaupun mgkin Anuar yg buat bende tu, tp kan Allah s w t dah menutup aib org tu....jangan la pandai2 bukak lak...ish3 (Lepas ni mesti ad housemate yg serang ak ni...hehehehe)

0 comments: