Bercinta hingga ke syurga

6/8/2011 11.55pm
Salam w b t

Spt yg dijanjikan dlm post yg sebelum ni, camna nak "bercinta" tp masih x langgar larangan agama. saya sebernarnya tertarik dgn salah satu artikel Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah yg bertajuk "kaedah mendekatkan jodoh". Melalui artikel beliau, terdapat 11 cara( bg lelaki la) camna nak bercinta. Tp disini saya hanya ingin mengetengahkan beberapa cara sahaja.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
"Wanita dinikahi karana empat perkara; karana hartanya, karana kedudukannya/keturunannya, karana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung."
 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Pernahkah anda terdengar "dari mata jatuh ke hati"???, begitulah juga cmna cinta berputik. cinta berputik drpd pandangan mata lalu turun ke hati, akan tetapi pandangan yg berlebih-lebihan akan membawa dosa. Islam menganjurkan umatnya menundukkan pandangan pd sesuatu yg diharamkan. Rupa paras merupakan sesuatu yg amat pentig dlm permulaan"cinta", spt mana lelaki, mahukan perempuan yg sedap mata memandang & solehah, begitu juga perempuan mahukan lelaki yg setia, handsome & soleh.


"Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya." (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))


 "Allah berfirman: 'pandangan itu adalah salah satu panah2 iblis. sesiapa meninggalkannya krn takut kpd-ku, nescaya aku akan memberikan ganti kpdnya dgn suatu keimanan yg akan dirasai kemanisan dlm hati." (Riwayat al-Tabarani dan al-Hakim)



Demi  memelihara hubungan baik antara suami isteri kelak (apabila sudah berkahwin la), maka islam memerintahkan melihat calon masing2 (tp jangan la lebih2). Dgn itu, ia akan membawa keharmonian bg kedua2nya.







Mghargai, bermesra dan menghormati pasagan adalah salah satu caranya. Tp perlu diingat bahawa (PALING PENTING), selagi belum ada ikatan yg sah disisi agama, kita tidak dibenarkan keluar berdua-duaan, bersentuhan, berpegangan tangan dll. pada  maksud yg lain, berCOUPLE BUKAN salah satu cara "bercinta" menurut agama. 

Semua itu (keluar berdua-duaan, bersentuhan, berpegangan tangan, bercouple) merupakan racun bg hati yg pasti akan megakibatkan cinta menjadi sesuatu yg pedih, jijik dan menjadi semakin jauh dr rahmat Allah. Maka, cinta itu akan menjadi cinta yg berlandaskan nafsu semata2.

Next, kita sbg hamba Allah, hendaklah menjadikan cinta dan sayang kpd Allah sbg cinta yg paling utama. Cinta kpd Allah adalah cinta yg hakiki yg tidak boleh ditandingi keagungannya (infinite). Cinta akan Rasulullah pula adalah cinta yg menyusul slps cinta kpd Allah.
  
“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

Menurut hadis diatas, wanita / isteri (aweks bg lelaki) adalah perhiasan duniawi, dan haram bg lelaki memandangnya kecuali bahagian muka & tapak tangan.....So kpd si stalker/usha di luar sana...janganlah kuat sangat stalker/usha aweks...bg wanita, lelaki yg kuat STALKER/USHA aweks ni adalah org yg rambang mata, gatal orgnya, dan yg paling penting X SETIA. (diorg x suka la lelaki mcm ni, diorang suke lelaki yg setia  )

Apabila ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yg menghampiri diri kpd Allah. Sabda Rasulullah s a w yg bermaksud: "kasihanilah apa yg ada dibumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yg berada di langit" (Riwayat Abu Daud). Hadis ni memberitahu kita bahawa, jika kita mahu berkasih sayang/ bercinta....pastikan ia membawa diri kita lebih dekat kpd Allah s w t...sbg contoh:

1. jika kamu menyukai seorg non muslim, pastikan ia dpt mendekatkan dirimu kpd maha pencipta dgn mengajaknya memeluk Islam, dr menyembah berhala kpd menyembah tuhan yg esa.

2. Jika kamu menyukai seseorg yg jahil agamanya, contoh freehair, tinggal solat, x pose dll...pastikan ia dapat mengubah si dia drpd jahil kpd menjadi seorg muslim/muslimat yg soleh/solehah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara "bercinta" menurut islam...so "ikutlah cara yg disyorkan oleh agama, nescaya kamu akan bahagia"....SERIUS, sebenarnya saya agak kekok (x beberapa pandai) dlm membicarakan bab2 bercinta ni...hahahaha...sbb tu x beberapa menarik...so that all from me assalamualaikum w b t




P/s: Boleh baca contoh camne nak "bercinta" dlm buku "derap2 tasbih", "ayat2 cinta" or "Ketika cinta bertasbih" (bukan mcm dlm cita bersiri dlm TV tu, sesat tu, pakai kain singkat2 pastu solat, apa da mengarut, islamik la konon) ...terdapat banyak pengajaran di sebalik cerita2 ni





0 comments: