Hadis solat Trawikh adalah palsu?

7/8/2011  15.29pm
Salam w b t

Sebelum ni saya ad post tntg hadis kelebihan solat sunat trawikh( yg 30 ari tu)....tp bila diteliti dgn lebih lanjut, didapati hadis itu adalah hadis palsu...terima kasih kpd salah sorang pembaca blog ini krn membetulkan kesilapan saya...anda boleh mengetahui dgn lebih lanjut mengenai hadis palsu ini melalui link ini


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat, Sabda Rasulullah s a w : "Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka". (Bukhori, Muslim) 


Pendustaan ni, merangkumi sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah. So kpd blogger2 yg lain di luar sana, jika anda semua ad terpost hadis yg dimaksudkan dlm link tersebut, cepat2lah deleate post tu ye...  


Menurut Jabatan Agama Islam Terengganu, diantara ciri-ciri hadis rekaan dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah: 


1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2.  Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu





So sbg pelengkap...marilah sama2 kita menjaga kesucian hadis rasulullah s a w yg menjadi pegagan kedua ahli sunnah wal jamaah. x nak la kan, kita mengerjakan sesuatu amalan dgn niat nak dapat pahala, sebaliknya dosa besar yg diperoleh... i think that all from me assalamualaikum w b t

1 comments:

  1. Anonymous said...:

    well said broo