5/9/2011 13.03pm
Salam w b t
Memandangkan minggu ni sibuk lebih dari biasa...maknenyer sibuk luar biasa la kan??....nak study...nak ulang kaji...buat study group...semua ni gara2 Final exam mase Raya...dah la x sempat nak study mase study week ari tu.....sbb study week skali dgn Hari raya...ap lagi pengsan la mood study sbb dibelasah oleh mood raya....so ari ni saya ingin menceritakan tentang satu cerita bertajuk:
Al kisah si Pasu
Pada suatu hari di sebuah pusat lelong, terdapat sebuah pasu yg berharga Sedang menunggu masa utk dilelong. Dianggarkan harganya boleh mencecah jutaan ringgit. Disebabkan terlalu kagum dengan kehebatan pencapaian pasu tersebut, sebuah pedang antik datang bertemu pasu tersebut utk berbual-bual tentang rahsia kejayaan pasu tersebut.
Pedang antik: Assalamualaikum w b t
Pasu: Wsalam w b t. oh, pedang antik apa khabar??
Pedang antik: Alhamdulillah ak sihat walaupun sedang meniti usia ratusan tahun. Sebenarnya ak kagum dengan pecapaian kamu. Ak dengar orang ramai berbual mengenai kamu bahawa kamu bakal menjadi rebutan orang2 berada/ golongan billionare. betul ke??
Pasu: Ya betul, semua pecapaian ini bukan mudah untuk dicapai. Bermacam2 cabaran dan dugaan yg terpaksa ditempuh. Kamu pun apa kurangnya, dengan usia kamu itu, pasti ramai yg berebut2 kan kamu.
Pedang antik: Emm...kedengaran seoleh2 kamu telah menempuhi masa silam yg cukup perit.
Pasu: Betul tu (pasu termenung sebentar lalu menceritakan kisah silamnya)
1. Ak berasal dari tanah liat yg dicampur dengan air. Kemudiannya aku diuli2, dilenyek2 dengan kasar oleh si pembuat ku....ak berasa sungguh tidak selesa, kadang2 terasa sangat sakit oleh perbuatan tersebut.
2. Ak kemudian diletakkan diatas tapak yg sentiasa berpusing2 supaya boleh dibentuk...pada waktu tu, ak terasa sangat pening kadang2 termuntah.
3. Setelah siap dibentuk, ak diletakkan di bawah terik matahri yang panas. Ak berasa sangat haus dan dahaga diperlakukan sedemikian. Tp apa yg ak boleh buat selain berdiam diri dan bersabar ~ sabor je la
4. Selepas itu, ak ak dibakar hidup2 dengan suhu yang sangat panas...dah la haus dahaga...lepas tu di bakar hidup2 lak ...ish3
5. Setelah dibakar, aku sangkakan penderitaan aku ini telah berakhir. Rupa2nya sangkaan ak meleset, datang seorang tukang ukir kearah ku, lalu ditoreh2badan ku dengan pisau tajam...ahhh sakitnyer!!
6 Selepas badan ku ditoreh2 di ukir2...datang pula seorang pelukis, mewarna dan melukis motif yg cukup indah di atas badanku. Ak berasa cukup selesa diperlakukan sedemikian walaupun kadang2 terasa geli.
Pedang antik: Kamu ini memang tabah la..ak dulu pernah diperlakukan sedemikian oleh pembuat pedang tp itu dah jadi cerita lama...selepas dibuat ak dijaga dengan penuh kasih sayang oleh salah sorang pembesar Jepun...so x terasa mana la penderitaan tu
Pasu: Belum habis lagi ni, kemudian apabila ak diperagakan di sini, ak terpandang diriku sendiri melalui sebuah cermin di situ. Pada saat itu lah baru ak sedar bahawa ak adalah sebuah pasu yg cukup indah. Kalau bukan kerana semua proses yg menuntut ak supaya bersabar, ak pasti takakan mempunyai nilai spt hari ini. Ak mungkin akan menjadi pasu yg tidak bernilai, tersadai di tepi rumah dan berlumut.
Pedang antik: Subhanallah. Allah menguji kita, tetapi kemudian menghujani rahmat disebalik setiap ujian tersebut.
Pasu: Betul tu, Allah tidak mungkin akan mengzalimi hamba2nya krn Allah takakan memberikan kita ujian yg kita tak mampu hadapi.
Kesimpulannya:
hayatilah Firman Allah s w t dalam suruh Al-Insyirah ayat 5-6 yg bermaksud:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahannya. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
- Activity (3)
- Books (2)
- Coret-coret (7)
- Experience (3)
- Journal (8)
- Religion (11)
- Science and Technology (8)
0 comments:
Post a Comment